Hadir selaku tetamu kehormat merasmikan pameran berkenaan ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda Bin Haji Abdul Rashid, Menteri Pembangunan.
Objektif utama pameran ini adalah untuk menyediakan platform bagi pengusaha-pengusaha mempromosikan dan mempamerkan pelbagai jenis produk dan perkhidmatan berkualiti termasuk produk binaan, hiasan rumah, perbankan dan kewangan, telekomunikasi, makanan dan minuman dan sebagainya.

Pameran Habitat (HABITEX) selama satu minggu tersebut diadakan di Ruang Legar Aras Bawah dan Tingkat 1, Bangunan Jabatan Kemajuan Perumahan dan Jabatan Perkhidmatan Elektrik yang disertai oleh lebih 20 peserta.

Turut hadir semasa majlis perasmian berkenaan ialah Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya; Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan, dan Pegawai serta Kakitangan Kementerian Pembangunan.